SEJARAH
PERSATUAN P. E. R. A. K. I. T
Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2013. Pada permulaan Persatuan ini lebih dikenali dengan nama PPPKBAS dan diterajui oleh Pengerusi Encik Yaakob Bin Seman. Matlamat penubuhan Persatuan pada masa tersebut adalah sebagai platform Peniaga-Peniaga Bukit Ampang dalam berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Pada awal tahun 2013, peniaga-peniaga Bukit Ampang telah menerima Notis Penutupan Tapak Niaga dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pengerusi PPPKBAS Encik Yaakob bersama-sama AJK beliau tetap berusaha berbagai cara termasuk memohon bantuan daripada Wakil Rakyat PAS dan Ahli Parlimen Ampang PKR. Akhirnya pada Bulan Mac 2015 pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menyerahkan Notis Penutupan Tapak Niaga Bukit Ampang.
Pada Bulan May 2015, Peniaga-Peniaga Bukit Ampang telah berbincang dan bersetuju untuk melantik Encik Anowar Che Omar sebagai Pengerusi Persatuan PPPKBAS bagi Tahun 2015 / 2017. Pada 10hb Julai 2015 hasil perbincangan YDP En Anowar dan Presiden Ikhlas En. Ridzuan dengan persetujuan peniaga-peniaga yang sanggup berjuang mempertahankan Tapak Niaga Bukit Ampang maka Sidang Media Demonstrasi Aman bersama Peniaga-Peniaga diadakan di Tapak Niaga Bukit Ampang.
Atas arahan YDP PPPKBAS En. Anowar dan sokongan daripada Presiden Ikhlas peniaga-peniaga mula berniaga semula seperti biasa pada 12hb Julai 2015.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mula menganggu semula peniaga dengan merampas barang perniagaan. Oleh kerana ketegasan Pengerusi Persatuan YDP Encik Anowar maka peniaga-peniaga masih dapat meneruskan usaha mencari rezeki diatas Bukit Ampang hingga kehari ini.
Pada 31hb Ogos 2015, Pengerusi Persatuan YDP Encik Anowar memaklumkan kepada AJK Persatuan bahawa nama Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana akan menggunakan nama singkatan iaitu
Persatuan P. E. R. A. K. I. T.
Penggunaan nama adalah supaya mudah dikenali dan diingati oleh masyarakat dan mana-mana pihak yang berurusan dengan Persatuan Peniaga Bukit Ampang Saujana.

Datanglah ke Bukit Ampang untuk bersantai.
ReplyDelete