facebook

Wednesday, 27 July 2016

 LAWATAN DATO NOH OMAR DIBUKIT AMPANG ATAS JEMPUTAN PERSATUAN PERAKIT DALAM MEMOHON BANTUAN DARI PEJABAT PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR.
-------------------------------------

Tarikh      :     24hb Mac 2016
Masa.       :     11.30 malam
Tempat : Gerai En. Rosli - Bukit Ampang

TETAMU. :

Dato Noh Omar.   -    Pengerusi Perhubungan UMNO Neg. Selangor
Encik Ariffin         -    Pegawai Khas NGO ( Dato Noh Omar )
Dato Ismail Kejo  -    Ketua Bahagian UMNO Ampang.
Encik Rosli.           -     Ketua UMNO Caw. Mulia Jaya.

ATURCARA PROGRAM

11.30mlm -

Kehadiran Dato Noh Omar bersama En Ariffin, Dato Ismail Kejo dan En. Rosli disambut oleh Tuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi digerai En. Rosli. Kedatangan Dato Noh Omar selepas Lawatan Kemasyarakatan di Taman Ampang Saujana diiringi oleh NGO G2Ampang.  Tetamu dihidangkan makanan dan minuman oleh Peniaga Bukit Ampang.
Selepas menikmati juadah, Pengerusi Persatuan PERAKIT, YDP En. Anowar memberi penerangan tentang permasalahan yang dilalui oleh Peniaga Bukit Ampang. Penerangan oleh YDP En. Anowar dengan disertakan dokumen dan fakta adalah sebagai bukti sahih untuk lebih senang difahami.

Setelah meneliti semua dokumen dan fakta yang diberi Dato Noh Omar memberitahu bahawa tidak banyak yang dapat dibantu dari pihak beliau kerana kawasan Ampang adalah dibawah kerajaan Pembangkang. Walau bagaimana pun Dato Noh Omar berjanji akan memberi bantuan tapi perlu dibincangkan bentuk bantuan yang bersesuaian. Oleh kerana Persatuan PERAKIT ditubuhkan secara sah maka beliau minta Persatuan PERAKIT Pengerusi YDP Encik Anowar datang kepejabat beliau untuk berbincang dengan lebih khusus bentuk bantuan yang boleh diselaraskan.
                       
YDP PERAKIT En. Anowar amat berterima kasih dengan sokongan dan keprihatinan yang diberi oleh Dato Noh Omar. Harapan beliau sebagai Pengerusi PERAKIT dan mewakili semua Peniaga Bukit Ampang, bentuk bantuan tersebut diharap akan dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh 7 peniaga yang menghadapi Saman Mahkamah oleh MPAJ. Persatuan PERAKIT akan menyediakan Surat Permohonan tersebut dengan kadar segera dan mengikut syarat yang telah diberitahu dan ditetapkan.

YDP En Anowar lagi sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Noh Omar dan beliau berterima kasih juga kepada En.Ariffin yang banyak membantu dalam merealisasikan Lawatan Dato Noh Omar termasuk kerjasama NGO G2Ampang, AJK PERAKIT dan kepada semua Peniaga Bukit Ampang.
Kemudian beliau meminta Dato Noh Omar meninjau sebentar kawasan peniaga dan AJK PERAKIT akan menerangkan mengenai kawasan sekitar Peniaga Bukit Ampang.
Dato Noh Omar mohon diri untuk pulang dan diikuti Dato Ismail Kejo dan En. Rosli.

2.00 Pagi -

Majlis Bersurai.



No comments:

Post a Comment