KRONOLOGI PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU MENEROKA BUKIT AMPANG MENJADI KAWASAN RIADAH DAN SANTAI KEPADA PARA PENGUNJUNG DALAM DAN LUAR NEGARA.
===================================
===================================
Bukit Ampang merupakan sebuah kawasan yang sangat cantik dengan kehijauan hutan yang ditumbuhi dengan flora dan fauna yang indah. Keindahan Bukit Ampang lebih terserlah dengan keindahan panorama seluruh Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilihat bagai saujana mata memandang. Pada malam hari dengan kedinginan atas bukit yang sejuk dan nyaman menyebabkan pengunjung dalam dan luar negara dapat bersantai melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan dengan lampu sambil menikmati juadah makanan dan minuman yang disediakan oleh Peniaga-Peniaga Kecil yang merupakan penduduk sekitar kawasan Ampang.
Pada sekitar tahun 2006 seorang Peniaga mengambil inisiatif membuka gerai berpayung dalam mencari rezeki secara kecil-kecilan untuk menampung keluarga beliau. Pendapatan beliau dengan berniaga tersebut telah dapat menampung kehidupan keluarga seharian. Pengunjung setiap bulan semakin ramai kerana melihat akan keindahan panorama Kuala Lumpur sambil menghirup udara yang nyaman dan dingin dimalam hari. Oleh kerana peningkatan pengunjung yang bertambah setiap tahun maka peluang untuk mula berniaga secara kecil-kecilan telah diintai oleh beberapa penduduk disekitar kawasan berdekatan dengan Bukit Ampang. Pada tahun 2008, 3 Peniaga sudah mula mencari sumber pendapatan secara kecil-kecilan diatas Bukit Ampang. Kesempatan ini diambil oleh peniaga kerana untuk mendapatkan pendapatan sampingan supaya dapat memberi sedikit keselesaan kepada ahli keluarga dengan keadaan taraf kehidupan yang tinggi dibandar metropolitan Kuala Lumpur. Awal tahun 2011 bilangan peniaga telah meningkat sehingga 7 orang dan kini 2016 bertambah kepada 21 Peniaga. Pada ketika ini kawasan Bukit Ampang telah menjadi salah satu tempat riadah bagi para pengunjung kerana pemandangannya yang menarik dan indah. Tarikan pengunjung yang semakin ramai daripada Dalam dan Luar Negara menjadikan kawasan Bukit Ampang bertambah meriah.
Persatuan (perakit) cuba utk menaik taraf dan menjadi tempat tumpuan pelancong utk mencari makanan tradisional melayu di waktu lewat malam sambil menikmati udara sejuk dan panorama keindahan kuala lumpur
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila orang politik dan NGO cari makan bila bercakap macam tu la... Melayu & islam menjadi modal politik, dan orang awam yang hanya tengok surface tanpa meneliti terlebih dahulu terus mencarut2 hilang akal.. ye la semangat melayu tebal sgtkan tak kisah la betul ke tidak.. ye dak? Btw cuba malam ni kalian yang dok mencarut2 tu semua lalu kawasan ni waktu malam tengok diorang tu meniaga lagi ke tak kat situ.. masih meriah der (simpati biar bertempat).. dan penempatan diorang dah dapat dah pun di kawasan Waterfront, tapi ada mereka ni ambil peluang? Tak.. sebab konsep melayu tebal sangat kan.. soal cerun, tak payah nk sembang pasal bahaya cerun tu semua.. penjaja2 tu dah diterangkan cerun kat situ merupakan cerun Level 4 (merujuk kepada Slope Hazard Assessment and Mapping, Cawangn Kejuruteraan Cerun, JKR) dan merbahaya untuk sebarang aktiviti dijalankan dikawasan tersebut boleh mendatangkan bahaya. Tapi penjaja2 ni degil tak nak dengar, fikir nak untung dan mungkin berpegang pada konsep kalau “melayu” nk meniaga atas jalan pun takpe.. lagi teruk penjaja2 ni membuat pengubahan tanah dan mendirikan struktur tanpa seliaan dan rujukan Majlis terlebih dahulu.. risiko berganda lagi tinggi kepada orang awam yang singgah kat tempat mereka menjaja tu.. Klu majlis buat pengubahan diorang ada dapatkan pandangan unit cerun.. ada expert bahagian cerun untuk selia.. Penjaja ada apa? ada NGO yang muncul sekali sekala macam saudara yg buat posting ni.. NGO yang hanya tahu ajak berdemo lepas tu lemau.. bila kena denda mahkamah terus diam tak bantu langsung penjaja2 tu macam Persatuan IKHLAS? Dan NGO yang hanya tahu kutip duit bulan2 dari penjaja dan ajak Majlis bergaduh tapi paperwork satu haram tak pernah buat untuk bantu penjaja-penjaja tu macam persatuan penjaja bukit Langat tu PERAKIT? Belum cerita pasal kebersihan lagi tapi yang dok mencarut2 tu kata sedap je kan.. isu sekarang ni sikap penjaja itu sendiri untung nak banyak, senang nak banyak, tapi usaha untuk jaga periuk nasi mereka dengan cara yang lebih sistematik dan baik takde malas.. dapat lak ada NGO2 sendu Melayu yang so call nk perjuang tapi sibuknya bila tindakan mula dijalankan.. isu ni bukan sehari dua la.. makan tahun dah.. kalau ikut kejam pihak Majlis dan boleh buat macam2 dah dan dah lama buat macam2.. tapi masih ada hati perut lagi.. ye la nak tunggu penjaja ni bergerak dgn NGO2 so pejuang melayu ni submit paperwork ke.. cadangan bernas ke.. tapi haram satu apa pun takde.. yang diorang mampu buat DEMOSTRASI BODOH je... Nak semangat melayu boleh tapi biar bijak bukan cakap kosong.. nak salahkan bangsa lain boleh.. tapi tengok dulu apa effort diorang buat.. lemahnya bangsa kita ni terlalu terikat dengan doktrin bila melayu tak dapat je sebab tak bagi duit.. bila bangsa lain dapat je sebab diorang bagi duit.. beza orang kita ngn bangsa lain.. NGO diorang ada akal dan buat kerja.. Pandai guna YB kawasan.. YB kawasan sokong dan usaha dengan cara yang legit.. Penjaja bangsa lain tak macam bangsa kita sikit2 melayu tapi satu apa gerak kerja haram tak buat.. bunyinya kasar kan? Tapi itulah kenyataan..
ReplyDelete