facebook

Sunday, 31 July 2016

Aktiviti Terkini

Program Membakar Lemang  Jamuan Hari Raya Untuk Surau Ampang Saujana
Pada Hari Ahad 31hb July 2016

Hari.  :   Sabtu 
Tarikh.  :   30hb July 2016
Tempat :  Tapak Aktiviti PERAKIT

AJK Aktiviti

Ketua Aktiviti  :   En. Dzullkafli
AJK :  Pn Rosliza
En Sani
En. John ( Amir )
Pn Ros / Djon

Aturcara Aktiviti

8.00 ma!am

Buluh dan bahan-bahan telah dicari dan disediakan oleh AJK Aktiviti dan dengan dibantu oleh En Roslin dan En Fendi. Kerja membakar lemang dimulakan pada pukul 10.00 malam dan hampir 12 peniaga datang membantu dalam aktiviti awalan kerja dijalankan.

Hampir pukul 10.00malam kerja membakar lemang dimulakan. Peniaga bersilih ganti bersama AJK Aktiviti memantau kerja membakar lemang dijalankan dalam memastikan lemang dibakar dalam suhu yang stabil.
Rendang Ayam disediakan oleh Kak Rock dan Puan Ros dan telah siap dimasak pada pukul 9.00 malam. Sebanyak 100 batang lemang dibakar dan 60 batang lemang akan diserahkan kepada pihak Surau Ampang Saujana untuk Program Jamuan Hari Raya Puasa 2016.
Kerja membakar lemang disiapkan sepenuhnya pada pukul 7.30pagi.

Pihak Persatuan PERAKIT telah berjaya menjalankan Aktiviti ini dengan Daya Usaha semua Peniaga Bukit Ampang.

Penghantaran kepada pihak Surau oleh  : AJK Aktiviti / Ketua Blok - En. Sani

Persatuan merakamkan ucapan Terima Kasih kepada AJK Aktiviti diketuai oleh En. Dzullkafli ( Pak Tam ) yang memberikan Komitmen dan Tanggungjawab terhadap perlaksanaan
aktiviti sehingga siap.

KEKUATAN PERSATUAN KERANA AHLI YANG BERSATU HATI.


Gambar Disediakan Oleh :
En. Fendi & En. Suhemi.









Wednesday, 27 July 2016

 LAWATAN DATO NOH OMAR DIBUKIT AMPANG ATAS JEMPUTAN PERSATUAN PERAKIT DALAM MEMOHON BANTUAN DARI PEJABAT PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR.
-------------------------------------

Tarikh      :     24hb Mac 2016
Masa.       :     11.30 malam
Tempat : Gerai En. Rosli - Bukit Ampang

TETAMU. :

Dato Noh Omar.   -    Pengerusi Perhubungan UMNO Neg. Selangor
Encik Ariffin         -    Pegawai Khas NGO ( Dato Noh Omar )
Dato Ismail Kejo  -    Ketua Bahagian UMNO Ampang.
Encik Rosli.           -     Ketua UMNO Caw. Mulia Jaya.

ATURCARA PROGRAM

11.30mlm -

Kehadiran Dato Noh Omar bersama En Ariffin, Dato Ismail Kejo dan En. Rosli disambut oleh Tuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi digerai En. Rosli. Kedatangan Dato Noh Omar selepas Lawatan Kemasyarakatan di Taman Ampang Saujana diiringi oleh NGO G2Ampang.  Tetamu dihidangkan makanan dan minuman oleh Peniaga Bukit Ampang.
Selepas menikmati juadah, Pengerusi Persatuan PERAKIT, YDP En. Anowar memberi penerangan tentang permasalahan yang dilalui oleh Peniaga Bukit Ampang. Penerangan oleh YDP En. Anowar dengan disertakan dokumen dan fakta adalah sebagai bukti sahih untuk lebih senang difahami.

Setelah meneliti semua dokumen dan fakta yang diberi Dato Noh Omar memberitahu bahawa tidak banyak yang dapat dibantu dari pihak beliau kerana kawasan Ampang adalah dibawah kerajaan Pembangkang. Walau bagaimana pun Dato Noh Omar berjanji akan memberi bantuan tapi perlu dibincangkan bentuk bantuan yang bersesuaian. Oleh kerana Persatuan PERAKIT ditubuhkan secara sah maka beliau minta Persatuan PERAKIT Pengerusi YDP Encik Anowar datang kepejabat beliau untuk berbincang dengan lebih khusus bentuk bantuan yang boleh diselaraskan.
                       
YDP PERAKIT En. Anowar amat berterima kasih dengan sokongan dan keprihatinan yang diberi oleh Dato Noh Omar. Harapan beliau sebagai Pengerusi PERAKIT dan mewakili semua Peniaga Bukit Ampang, bentuk bantuan tersebut diharap akan dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh 7 peniaga yang menghadapi Saman Mahkamah oleh MPAJ. Persatuan PERAKIT akan menyediakan Surat Permohonan tersebut dengan kadar segera dan mengikut syarat yang telah diberitahu dan ditetapkan.

YDP En Anowar lagi sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Noh Omar dan beliau berterima kasih juga kepada En.Ariffin yang banyak membantu dalam merealisasikan Lawatan Dato Noh Omar termasuk kerjasama NGO G2Ampang, AJK PERAKIT dan kepada semua Peniaga Bukit Ampang.
Kemudian beliau meminta Dato Noh Omar meninjau sebentar kawasan peniaga dan AJK PERAKIT akan menerangkan mengenai kawasan sekitar Peniaga Bukit Ampang.
Dato Noh Omar mohon diri untuk pulang dan diikuti Dato Ismail Kejo dan En. Rosli.

2.00 Pagi -

Majlis Bersurai.



Saturday, 23 July 2016

Isu Terkini 

Jumaat : 22/07/2016 : Jam 7.30 Petang

TAPAK NIAGA BUKIT AMPANG/LANGAT

MPAJ mula mengganas semula dengan bersungguh-sungguh untuk menutup Tapak Niaga Bukit Ampang. Mengkhianati bangsa sendiri kerana Kepentingan Diri,  anak buah PBT menjadi taruhan untuk merealisasikan impian mereka.

Ditepi hutan, jauh dari perumahan dan tidak merbahaya kepada manusia dan beruk dihutan tapi menjadi masalah kepada MPAJ.

APAKAH AGENDA MEREKA SEBENARNYA ? 
MENGAPAKAH MEREKA SANGGUP MEMZALIMI BANGSA SENDIRI
?

Parti politik yang dipilih oleh Rakyat hanya sekadar berpeluh tubuh sahaja terhadap permasalahan rakyat yang juga peniaga-peniaga untuk mencari nafkah hidup dalam memberi rezeki anak isteri makan.


Persoalannya kemana pergi WaKil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang  PR atau BN dalam menangani masalah Rakyat ???

Isu Terkini 

Khamis : 21/07/2016 : Jam 8.00 Malam

TAPAK NIAGA BUKIT AMPANG/LANGAT

Selepas kemusnahan, rampasan dan kerugian yang pihak MPAJ lakukan mereka datang semula untuk memberitahu Tapak Niaga Bukit Ampang adalah tempat dilarang berniaga. Peniaga tetap berkeras akan berniaga dan pihak MPAJ perlu membuka meja rundingan untuk berbincang bersama Pengerusi Persatuan PERAKIT untuk menyelesaikan masalah tersebut secara baik

Persatuan PERAKIT telah menghantar surat untuk membuat perjumpaan sebanyak 6 kali kepada YDP MPAJ tetapi tidak layan oleh kerana kemungkinan Kuasa dan Kepentingan beliau diganggu-gugat oleh Peniaga Tepi Jalan.


Kemanakah perginya Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang PR atau BN dalam isu permasalahan  Rakyat ???

Isu Terkini 

Selasa : 19/07/2016 : Jam 9.00 Pagi

TAPAK NIAGA BUKIT AMPANG/LANGAT

Kerosakan, Kemusnahan dan Rampasan yang dilakukan oleh Penguatkuasa MPAJ terhadap Peniaga Bukit Ampang tanpa mengikut Prosedur Jabatan adalah membuktikan Pegawai Atasan mereka tiada sifat Integriti seperti yang mereka war-warkan kepada Rakyat. 


Kemanakah perginya Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang PR atau BN dalam isu permasalahan  Rakyat ???

Tuesday, 19 July 2016

SEJARAH 

 PERSATUAN P. E. R. A. K. I. T

Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2013. Pada permulaan Persatuan ini lebih dikenali dengan nama PPPKBAS dan diterajui oleh Pengerusi Encik Yaakob Bin Seman. Matlamat penubuhan Persatuan pada masa tersebut adalah sebagai platform Peniaga-Peniaga Bukit Ampang dalam berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan dengan pihak-pihak yang berkenaan. 
Pada awal tahun 2013, peniaga-peniaga Bukit Ampang telah menerima Notis Penutupan Tapak Niaga dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pengerusi PPPKBAS Encik Yaakob bersama-sama AJK beliau tetap berusaha berbagai cara termasuk memohon bantuan daripada Wakil Rakyat PAS dan Ahli Parlimen Ampang PKR. Akhirnya pada Bulan Mac 2015 pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menyerahkan Notis Penutupan Tapak Niaga Bukit Ampang. 

Pada Bulan May 2015, Peniaga-Peniaga Bukit Ampang telah berbincang dan bersetuju untuk melantik Encik Anowar Che Omar sebagai Pengerusi Persatuan PPPKBAS bagi Tahun 2015 / 2017. Pada 10hb Julai 2015 hasil perbincangan YDP En Anowar dan Presiden Ikhlas En. Ridzuan dengan persetujuan peniaga-peniaga yang sanggup berjuang mempertahankan Tapak Niaga Bukit Ampang maka Sidang Media Demonstrasi Aman bersama Peniaga-Peniaga diadakan di Tapak Niaga Bukit Ampang.  
Atas arahan YDP PPPKBAS En. Anowar dan sokongan daripada Presiden Ikhlas peniaga-peniaga mula berniaga semula seperti biasa pada 12hb Julai 2015. 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mula menganggu semula peniaga dengan merampas barang perniagaan. Oleh kerana ketegasan Pengerusi Persatuan YDP Encik Anowar maka peniaga-peniaga masih dapat meneruskan usaha mencari rezeki diatas Bukit Ampang hingga kehari ini.
Pada 31hb Ogos 2015, Pengerusi Persatuan YDP Encik Anowar memaklumkan kepada AJK Persatuan bahawa nama Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana akan menggunakan nama singkatan iaitu

Persatuan P. E. R. A. K. I. T. 

Penggunaan nama adalah supaya mudah dikenali dan diingati oleh masyarakat dan mana-mana pihak yang berurusan dengan Persatuan Peniaga Bukit Ampang Saujana. 



Thursday, 14 July 2016


KRONOLOGI PENIAGA-PENIAGA KECIL MELAYU MENEROKA BUKIT AMPANG MENJADI KAWASAN RIADAH DAN SANTAI KEPADA PARA PENGUNJUNG DALAM DAN LUAR NEGARA.
===================================

Bukit Ampang merupakan sebuah kawasan yang sangat cantik dengan kehijauan hutan yang ditumbuhi dengan flora dan fauna yang indah. Keindahan Bukit Ampang lebih terserlah dengan keindahan panorama seluruh Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilihat bagai saujana mata memandang.  Pada malam hari dengan kedinginan atas bukit yang sejuk dan nyaman menyebabkan pengunjung dalam dan luar negara dapat bersantai melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan dengan lampu sambil menikmati juadah makanan dan minuman yang disediakan oleh Peniaga-Peniaga Kecil yang merupakan penduduk sekitar kawasan Ampang. 

Pada sekitar tahun 2006 seorang Peniaga mengambil inisiatif membuka gerai berpayung dalam mencari rezeki secara kecil-kecilan untuk menampung keluarga beliau. Pendapatan beliau dengan berniaga tersebut telah dapat menampung kehidupan keluarga seharian. Pengunjung setiap bulan semakin ramai kerana melihat akan keindahan panorama Kuala Lumpur sambil menghirup udara yang nyaman dan dingin dimalam hari. Oleh kerana peningkatan pengunjung yang bertambah setiap tahun maka peluang untuk mula berniaga secara kecil-kecilan telah diintai oleh beberapa penduduk disekitar kawasan berdekatan dengan Bukit Ampang. Pada tahun  2008, 3 Peniaga sudah mula mencari sumber pendapatan secara kecil-kecilan diatas Bukit Ampang. Kesempatan ini diambil oleh peniaga kerana untuk mendapatkan pendapatan sampingan supaya dapat memberi sedikit keselesaan kepada ahli keluarga dengan keadaan taraf kehidupan yang tinggi dibandar metropolitan Kuala Lumpur. Awal tahun 2011 bilangan peniaga telah meningkat sehingga 7 orang dan kini 2016 bertambah kepada 21 Peniaga.  Pada ketika ini kawasan Bukit Ampang telah menjadi salah satu tempat riadah bagi para pengunjung kerana pemandangannya yang menarik dan indah. Tarikan pengunjung yang semakin ramai daripada Dalam dan Luar Negara menjadikan kawasan Bukit Ampang bertambah meriah.