SIDANG MEDIA PERSATUAN PERAKIT BERSAMA
PERTUBUHAN IKHLAS MENGENAI
' DOUBLE STANDARD '
SALAHGUNA KUASA DAN SUAPAN OLEH YDP MPAJ, WAKIL RAKYAT AMPANG DAN AHLI PARLIMEN AMPANG DIADAKAN DIKAWASAN PENIAGA TAMAN PUTRA, AMPANG.
------------------------------
Hari. - Rabu
Tarikh - 1hb April 2016
Masa . - 10.30 Pagi.
Semua Peniaga Bukit Ampang, NGO dari Ikhlas, Epanco, Banteras, Kesma dan G2Ampang berkumpul diSimpang Tiga berhadapan Pasar Basah Taman Putra, Ampang berdekatan dengan BHP Petrol Stesen
Telah berkumpul hampir 200 orang termasuk Peniaga Bukit Ampang diSimpang Tiga tersebut. Kumpulan media cetak dan elektronik dari Utusan, Metro dan TV3 juga telah hadir dan membuat persediaan untuk membuat liputan.
Tapak Pasar Basah Taman Putra. Dinding pasar hingga di Kerb Jalanraya, Orang Awam berjalan diatas ialanraya.
APAKAH TINDAKAN MPAJ ???
Pengerusi PERAKIT bercakap ketidak
puashatian Peniaga terhadap PEGANIAYAAN DILAKUKAN MPAJ ???
Presiden IKHLAS merasakan berlaku ' Pilih Kasih dan Salahguna Kuasa ' yang dilakukan oleh YDP MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang terhadap Peniaga Bukit Ampang.
Presiden EPANCO Menyelar sikap MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang yang mementingkan diri dan menganiaya Rakyat Ampang merupakan Pengundi Ampang yang telah menyokong mereka.
11.00 Pagi -
Sidang Media dimulakan dengan Pertubuhan Ikhlas En. Ridzuan dengan tegas mengatakan bahawa YDP MPAJ Hj Hamid, YB Kasim dan YB Zuraidah telah mengamalkan pilih kasih atau ' double standard ' terhadap Peniaga Bukit Ampang. Beliau juga telah menunjukkan bukti yang sangat jelas Peniaga dikawasan Taman Putra dibenarkan berniaga hingga kebahu jalan besar disimpang tiga dan dengan keadaan jalanraya yang sesak dengan kenderaan dan orangramai. Kawasan tersebut kelihatan lebih merbahaya dari Bukit Ampang, manakala Taman Saga pula dikawasan cerun bukit dengan kecuraman hampir 90darjah dan ketinggian hampir 50kaki, pada waktu berniaga kerusi meja diletakkan diatas jalanraya.
Dipihak Pengerusi PERAKIT YDP En. Anowar dengan Peniaga Bukit Ampang tidak berpuashati dengan Saman Mahkamah oleh MPAJ dengan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Peniaga Satay Pak Ali dengan denda RM12,000 atau 3 Tahun Penjara kerana Berniaga Tanpa Lesen. Beliau merasakan Peniaga Bukit Ampang telah dianiaya dan Salahguna Kuasa oleh YDP MPAJ menyebabkan Hukuman Berat telah dikenakan dengan alasan menakutkan dan menghalau Peniaga Kecil Bukit Ampang. Beliau bagi pihak Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dengan penganiayaan yang dilakukan oleh MPAJ terhadap Pak Ali.
Presiden Epanco Ayahanda Epin ( En. Ariffin Abu Bakar ) wakil bagi pihak NGO yang hadir pula menyelar cara YDP MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang yang bersikap ' Double Standard ' terhadap Peniaga Bukit Ampang yang merupakan 100% adalah Rakyat Ampang berbangsa Melayu yang telah memilih mereka pada masa PRU yang lepas. Beberapa tapak niaga lain yang berkeadaan lebih merbahaya kepada orang awam seperti Taman Putra dan Taman Saga tiada tindakan diambil malah berstruktur tetap dan berlesen. Denda mahkamah RM12,000 terhadap Peniaga Pak Ali juga memeranjatkan banyak pihak. Oleh sebab itu beliau merasakan berlaku Salahguna Kuasa dan Suapan dikalangan mereka yang berkuasa di Parlimen Ampang.
12.30 Tengahari -
Sidang Media bersurai.