facebook

Tuesday, 20 June 2017

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK
KEPADA ORANG RAMAI PADA 8 DAN 15HB JUN 2017 
DILALUAN BUKIT LANGAT

Anjuran Bersama

PERSATUAN PERAKIT
DAN
 JARINGAN MELAYU MALAYSIA

Persatuan PERAKIT, Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) dan
Angkatan Malaysia Cemerlang ( AMC ) bersama menjalankan 
Program Pengagihan Bubur Lambuk
di Tapak Niaga Bukit Ampang.

Program bermula pada pukul 12 tengahari dengan Peniaga mula turun padang untuk kerja memasak diketuai oleh En. Azhar Ariffin, beliau dibantu oleh En. John Sekeluarga, En. Roslin, En. Abidin, En Djon Sekeluarga, Pak Ali, En. Zainudin dan isteri, En. Anuar dan isteri, Pn Rusliza Sekeluarga dan Pn Rugayah.

Program PERTAMA
8HB JUN 2017


Pengerusi AMC Amin Nouvo bersama beberapa Ahli AMC turut membantu bersama Ahli PERAKIT dalam kerja memasak Bubur Lambuk.


Bubur Lambuk siap disusun untuk kerJa-kerja pengagihan pada pukul 6.00 petang.


Jaringan Melayu Malaysia diwakili oleh Setiausaha Pusat En Hamdan, Ketua Pertiwi JMM Pn Kay dan beberapa Ahli JMM bersama Ahli PERAKIT dan Ahli AMC menjalankan kerja pengagihan kepada orangramai yang melalui laluan Bukit Langat.


Selesai kerja pengagihan Ahli PERAKIT, AMC dan JMM bergambar kenangan.



Program KEDUA
15HB JUN 2017

Pada pukul 12 tengahari Ahli PERAKIT dan Ahli AMC bersama dalam kerja penyediaan dan memasak Bubur Lambuk. Kerja-kerja berjalan lancar sehingga pukul 5.30 petang.


Pada pukul 5.30petang Ahli PERAKIT dan Ahli AMC memulakan kerja pengagihan kepada orangramai yang melalui laluan Bukit Langat. Pada pukul 5.45 petang hujan renyai-renyai mula turun, pengagihan diteruskan juga hingga pukul 7.15petang. 


Pihak PERAKIT amat bersyukur Program Pengagihan dapat berjalan dengan lancar.

DENGAN INI PERSATUAN P.E.R.A.K.I.T MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA AHLI-AHLI PERAKIT YANG HADIR, AHLI-AHLI JARINGAN MELAYU MALAYSIA DAN AHLI-AHLI ANGKATAN MALAYSIA CEMERLANG DENGAN IKATAN UKHWAH YANG KUAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

" PENYATUAN BANGSA MEMPERKASAKAN AGAMA "

Thursday, 15 June 2017

MAJLIS KESYUKURAN DAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK TAHUN 2017 / 1438H
-------------------------------------------

Pada Tahun ini Persatuan PERAKIT terus menyambung aktiviti yang diadakan setiap tahun sempena menyambut Ramadan Al Mubarak dengan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Meraikan Anak-Anak Yatim dari Maahad Tahfiz As Sobirin Patoni Malaysia.

Majlis telah diadakan pada 25hb May:-) 2017 pukul 7.15ptg di Tapak Niaga Bukit Ampang.

Untuk memeriahkan Majlis dan merapatkan Siratulrahim bersama NGO dan Masyarakat setempat Persatuan PERAKIT mengundang Jemaah Surau Ampang Saujana, Penduduk Kampung, Angkatan Muda Cemerlang    ( AMC ) dan Kuda Malaya Bikers Club ( KMBC )

 
Ahli Persatuan sibuk menyusun atur khemah, kerusi meja, makanan dan minuman.


Penyediaan makanan dan minuman sedang sibuk dijalankan oleh Ahli Persatuan sebelum Majlis dimulakan pada pukul 7.30ptg.


Anak Yatim Maahad Tahfiz AsSobirin, Jemaah Surau Ampang Saujana, AMC dan KMBC bersama merealisasikan Majlis Kesyukuran dengan penuh kemesraan dan semoga ia diberkati dan dirahmati Allah SWT.



Sumbangan diberi dari Persatuan PERAKIT, Kutipan daripada Pengunjung, AMC, KMBC dan beberapa individu diserahkan kepada Wakil Anak Yatim Maahad Tahfiz AsSobirin Patoni Malaysia.

Majlis bersurai pada pukul 10.00malam.

PERSATUAN PERAKIT MEMANJATKAN KESYUKURAN DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JEMAAH SURAU AMPANG SAUJANA, ANGKATAN MUDA CEMERLANG, KUDA MALAYA BIKERS CLUB DAN PENDUDUK KAMPUNG KERANA BERSAMA-SAMA MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS KESYUKURAN BULAN RAMADAN AL MUBARAK 2017 / 1438H.

" PENYATUAN BANGSA MEMPERKASAKAN AGAMA "

Tuesday, 14 February 2017

ISU PANAS SEMASA


DEMONSTRASI AMAN

Bantahan Oleh PERAKIT Bersama JMM Dan Disokong NGO Dari ACM Dan EPANCO Mengenai MPAJ Meruntuhkan Struktur Tanah Cerun Bukit Tapak Niaga Bukit Ampang

Sidang Media Dan Serahan Memorandum
Bantahan Pada 08hb February 2017 Pukul 11.00pagi.

Peniaga mula berkumpul diRestoran Mamak hadapan Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada pukul 9.30 pagi. Kehadiran semua Peniaga Bukit Ampang pada hari ini sangat membanggakan kerana ia menunjukkan Keprihatinan dan Penyatuan Peniaga terhadap masalah punca rezeki mereka diBukit Ampang.
NGO dari Jaringan Melayu Malaysia hadir bersama Ketua Setiausaha JMM En Hamdan, Ketua Pengarah JMM Wil. Persekutuan, Ketua Pengarah JMM Selangor, Ketua JMM Sayap Pertiwi, Ketua JMM Sayap Pemuda dan seramai 30 Ahli JMM turut hadir bersama. Turut hadir menyokong NGO EPANCO En Ariffin Abu Bakar bersama 15 Ahli dan NGO AMC En Amin juga bersama 14 Ahli beliau dalam menyokong Demostrasi Bantahan yang diadakan dihadapan  Bangunan Pejabat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya.


Pukul 11.15pagi semua Peniaga, NGO dan Penyokong berkumpul dan mula bergerak ke Lobi Bangunan Pejabat MPAJ untuk Serahan Memorandum Bantahan yang disediakan oleh JMM kepada YDP MPAJ HJ Hamid.





Sementara menanti Serahan Memorandum, Ketua-Ketua NGO memberi Ucapan Semangat kepada semua yang hadir mengenai Isu Bantahan yang dijalankan hari ini.



Pada pukul 12.15 tengahari Wakil YDP MPAJ telah
tampil di Lobi Bangunan Pejabat MPAJ untuk menerima Memorandum Bantahan dari pihak
 JARINGAN MELAYU MALAYSIA.
Ketua Setiausaha JMM Encik Hamdan telah menyerahkan Memorandum Bantahan tersebut.

 


Selesai Penyerahan Memorandum  Sidang Media terus diadakan di Lobi Bangunan Pejabat MPAJ. Media yang Hadir dari Berita Harian, Metro, Sinar, TV3, RTM dan beberapa media lain juga turut hadir membuat liputan.



Pengerusi PERAKIT, YDP ENCIK ANOWAR
telah dikerumuni oleh media massa untuk mendapatkan berita terkini megenai kejadian MPAJ mengganas pada 27hb January 2017 pukul 11.00pagi dengan satu pasukan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
YDP En. Anowar
menerangkan pada tarikh tersebut MPAJ
telah meruntuhkan Struktur Tanah Cerun Tapak Niaga
Bukit Ampang. Penguatkuasa MPAJ menyatakan mereka hanya menjalankan tugas dan mengikut
ARAHAN PIHAK ATASAN.

MAKLUMAN

Dalam satu Sidang Media PERAKIT sebelum ini dalam bualan telefon menggunakan speaker, didengari dengan jelas dan disaksikan sendiri oleh beberapa NGO, AHLI PERAKIT, PENIAGA dan MEDIA MASSA. Pada waktu itu dengan sombong YDP MPAJ telah menghina Peniaga Kecil Melayu dengan mengatakan " di Bukit Ampang Tidak Dibenarkan Berniaga, Peniaga Lelaki Sapu Sampah Tepi Jalan Kerja Dengan Alam Flora, Peniaga Wanita Pergi Cuci Pinggan Kerja di Restoran Mamak ".

YDP MPAJ adalah Penjawat Awam yang dibayar
GAJI OLEH RAKYAT.

Adakah ini SIKAP PENJAWAT AWAM yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU MENAIKKAN TARAF EKONOMI RAKYAT TERUTAMA BANGSA MELAYU.

YDP MPAJ adalah MANUSIA YANG ZALIM

ALLAHU AKBAR ... ALLAHU AKBAR ... ALLAHU AKBAR


Sunday, 5 February 2017

ISU  PANAS  SEMASA

MPAJ Mengganas Semula

Pada hari Isnin pukul 9.00 pagi 27hb January 2017 pihak MPAJ mula mengganas semula dengan membongkar dan menolak tanah Tapak Niaga ke bawah bukit.
Inilah salah satu cara Peniaga dikawasan Ampang dianiaya dan ditindas oleh
 Majlis Perbandaran Ampang Jaya.


Peniaga Kecil Melayu diBukit Ampang hanya mencari rezeki dan berusaha memperbaiki ekonomi keluarga. Beberapa kali Pengerusi Persatuan PERAKIT berusaha untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan MPAJ tetapi permintaan persatuan tidak pernah dilayan oleh 
YDP MPAJ Haji Hamed


Ada peniaga yang berusaha menambak kawasan tapak niaga mereka untuk memastikan Keselamatan dan Keselesaan Pengunjung terkawal. Tapi yang sebaliknya berlaku apabila kawasan tersebut papannya dibongkar dan tanah kawasan niaga tersebut ditolak kebawah bukit oleh MPAJ.

PIHAK PERSATUAN PERAKIT AKAN MENGADAKAN DEMONSTRASI AMAN BERSAMA BEBERAPA NGO DALAM MASA TERDEKAT MENGENAI PENGANIAYAAN YANG DILAKUKAN OLEH MPAJ TERHADAP PENIAGA BUKIT AMPANG.

Anda berminat bersama kami. Sila berjumpa peniaga di Bukit Ampang untuk maklumat lebih lanjut.


Teguh Melayu Kerana Muafakat
Hancur Melayu Kerana Tiada Sepakat.




Saturday, 6 August 2016

 SIDANG MEDIA  PERSATUAN PERAKIT BERSAMA 
PERTUBUHAN IKHLAS MENGENAI
 ' DOUBLE STANDARD ' 
SALAHGUNA KUASA DAN SUAPAN OLEH YDP MPAJ, WAKIL RAKYAT AMPANG DAN AHLI PARLIMEN AMPANG DIADAKAN DIKAWASAN PENIAGA TAMAN PUTRA, AMPANG.
------------------------------

Hari.     -    Rabu
Tarikh  -    1hb April 2016
Masa  . -    10.30 Pagi.

Semua Peniaga Bukit Ampang, NGO dari Ikhlas, Epanco, Banteras, Kesma dan G2Ampang berkumpul diSimpang Tiga berhadapan Pasar Basah Taman Putra, Ampang berdekatan dengan BHP Petrol Stesen
Telah berkumpul hampir 200 orang termasuk Peniaga Bukit Ampang diSimpang Tiga tersebut. Kumpulan media cetak dan elektronik dari Utusan, Metro dan TV3 juga telah hadir dan membuat persediaan untuk membuat liputan.

 
Tapak Pasar Basah Taman Putra. Dinding pasar hingga di Kerb Jalanraya, Orang Awam berjalan diatas ialanraya.
APAKAH TINDAKAN MPAJ ???
Pengerusi PERAKIT bercakap ketidak
puashatian Peniaga terhadap PEGANIAYAAN DILAKUKAN MPAJ ???
Presiden IKHLAS merasakan berlaku ' Pilih Kasih dan Salahguna Kuasa ' yang dilakukan oleh YDP MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang terhadap Peniaga Bukit Ampang.
Presiden EPANCO Menyelar sikap MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang yang mementingkan diri dan menganiaya Rakyat Ampang merupakan Pengundi Ampang yang telah menyokong mereka.

11.00 Pagi - 
Sidang Media dimulakan dengan Pertubuhan Ikhlas En. Ridzuan dengan tegas mengatakan bahawa YDP MPAJ Hj Hamid, YB Kasim dan YB Zuraidah telah mengamalkan pilih kasih atau  ' double standard ' terhadap Peniaga Bukit Ampang. Beliau juga telah menunjukkan bukti yang sangat jelas Peniaga dikawasan Taman Putra dibenarkan berniaga hingga kebahu jalan besar disimpang tiga dan dengan keadaan jalanraya yang sesak dengan kenderaan dan orangramai. Kawasan tersebut kelihatan lebih merbahaya dari Bukit Ampang, manakala Taman Saga pula dikawasan cerun bukit dengan kecuraman hampir 90darjah dan ketinggian hampir 50kaki, pada waktu berniaga kerusi meja diletakkan diatas jalanraya.

Dipihak Pengerusi PERAKIT YDP En. Anowar dengan Peniaga Bukit Ampang tidak berpuashati dengan Saman Mahkamah oleh MPAJ dengan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Peniaga Satay Pak Ali dengan denda RM12,000 atau 3 Tahun Penjara kerana Berniaga Tanpa Lesen. Beliau merasakan Peniaga Bukit Ampang telah dianiaya dan Salahguna Kuasa oleh YDP MPAJ menyebabkan Hukuman Berat telah dikenakan dengan alasan menakutkan dan menghalau Peniaga Kecil Bukit Ampang. Beliau bagi pihak Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dengan penganiayaan yang dilakukan oleh MPAJ terhadap Pak Ali.



Presiden Epanco Ayahanda Epin ( En. Ariffin Abu Bakar ) wakil bagi pihak NGO yang hadir pula menyelar cara YDP MPAJ, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Ampang yang bersikap ' Double Standard ' terhadap Peniaga Bukit Ampang yang merupakan 100% adalah Rakyat Ampang berbangsa Melayu yang telah memilih mereka pada masa PRU yang lepas. Beberapa tapak niaga lain yang berkeadaan lebih merbahaya kepada orang awam seperti Taman Putra dan Taman Saga tiada tindakan diambil malah berstruktur tetap dan berlesen. Denda mahkamah RM12,000 terhadap Peniaga Pak Ali juga memeranjatkan banyak pihak. Oleh sebab itu beliau merasakan berlaku Salahguna Kuasa dan Suapan dikalangan mereka yang berkuasa di Parlimen Ampang.

12.30 Tengahari -
Sidang Media bersurai.



Sunday, 31 July 2016

Aktiviti Terkini

Program Membakar Lemang  Jamuan Hari Raya Untuk Surau Ampang Saujana
Pada Hari Ahad 31hb July 2016

Hari.  :   Sabtu 
Tarikh.  :   30hb July 2016
Tempat :  Tapak Aktiviti PERAKIT

AJK Aktiviti

Ketua Aktiviti  :   En. Dzullkafli
AJK :  Pn Rosliza
En Sani
En. John ( Amir )
Pn Ros / Djon

Aturcara Aktiviti

8.00 ma!am

Buluh dan bahan-bahan telah dicari dan disediakan oleh AJK Aktiviti dan dengan dibantu oleh En Roslin dan En Fendi. Kerja membakar lemang dimulakan pada pukul 10.00 malam dan hampir 12 peniaga datang membantu dalam aktiviti awalan kerja dijalankan.

Hampir pukul 10.00malam kerja membakar lemang dimulakan. Peniaga bersilih ganti bersama AJK Aktiviti memantau kerja membakar lemang dijalankan dalam memastikan lemang dibakar dalam suhu yang stabil.
Rendang Ayam disediakan oleh Kak Rock dan Puan Ros dan telah siap dimasak pada pukul 9.00 malam. Sebanyak 100 batang lemang dibakar dan 60 batang lemang akan diserahkan kepada pihak Surau Ampang Saujana untuk Program Jamuan Hari Raya Puasa 2016.
Kerja membakar lemang disiapkan sepenuhnya pada pukul 7.30pagi.

Pihak Persatuan PERAKIT telah berjaya menjalankan Aktiviti ini dengan Daya Usaha semua Peniaga Bukit Ampang.

Penghantaran kepada pihak Surau oleh  : AJK Aktiviti / Ketua Blok - En. Sani

Persatuan merakamkan ucapan Terima Kasih kepada AJK Aktiviti diketuai oleh En. Dzullkafli ( Pak Tam ) yang memberikan Komitmen dan Tanggungjawab terhadap perlaksanaan
aktiviti sehingga siap.

KEKUATAN PERSATUAN KERANA AHLI YANG BERSATU HATI.


Gambar Disediakan Oleh :
En. Fendi & En. Suhemi.









Wednesday, 27 July 2016

 LAWATAN DATO NOH OMAR DIBUKIT AMPANG ATAS JEMPUTAN PERSATUAN PERAKIT DALAM MEMOHON BANTUAN DARI PEJABAT PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR.
-------------------------------------

Tarikh      :     24hb Mac 2016
Masa.       :     11.30 malam
Tempat : Gerai En. Rosli - Bukit Ampang

TETAMU. :

Dato Noh Omar.   -    Pengerusi Perhubungan UMNO Neg. Selangor
Encik Ariffin         -    Pegawai Khas NGO ( Dato Noh Omar )
Dato Ismail Kejo  -    Ketua Bahagian UMNO Ampang.
Encik Rosli.           -     Ketua UMNO Caw. Mulia Jaya.

ATURCARA PROGRAM

11.30mlm -

Kehadiran Dato Noh Omar bersama En Ariffin, Dato Ismail Kejo dan En. Rosli disambut oleh Tuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi digerai En. Rosli. Kedatangan Dato Noh Omar selepas Lawatan Kemasyarakatan di Taman Ampang Saujana diiringi oleh NGO G2Ampang.  Tetamu dihidangkan makanan dan minuman oleh Peniaga Bukit Ampang.
Selepas menikmati juadah, Pengerusi Persatuan PERAKIT, YDP En. Anowar memberi penerangan tentang permasalahan yang dilalui oleh Peniaga Bukit Ampang. Penerangan oleh YDP En. Anowar dengan disertakan dokumen dan fakta adalah sebagai bukti sahih untuk lebih senang difahami.

Setelah meneliti semua dokumen dan fakta yang diberi Dato Noh Omar memberitahu bahawa tidak banyak yang dapat dibantu dari pihak beliau kerana kawasan Ampang adalah dibawah kerajaan Pembangkang. Walau bagaimana pun Dato Noh Omar berjanji akan memberi bantuan tapi perlu dibincangkan bentuk bantuan yang bersesuaian. Oleh kerana Persatuan PERAKIT ditubuhkan secara sah maka beliau minta Persatuan PERAKIT Pengerusi YDP Encik Anowar datang kepejabat beliau untuk berbincang dengan lebih khusus bentuk bantuan yang boleh diselaraskan.
                       
YDP PERAKIT En. Anowar amat berterima kasih dengan sokongan dan keprihatinan yang diberi oleh Dato Noh Omar. Harapan beliau sebagai Pengerusi PERAKIT dan mewakili semua Peniaga Bukit Ampang, bentuk bantuan tersebut diharap akan dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh 7 peniaga yang menghadapi Saman Mahkamah oleh MPAJ. Persatuan PERAKIT akan menyediakan Surat Permohonan tersebut dengan kadar segera dan mengikut syarat yang telah diberitahu dan ditetapkan.

YDP En Anowar lagi sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Noh Omar dan beliau berterima kasih juga kepada En.Ariffin yang banyak membantu dalam merealisasikan Lawatan Dato Noh Omar termasuk kerjasama NGO G2Ampang, AJK PERAKIT dan kepada semua Peniaga Bukit Ampang.
Kemudian beliau meminta Dato Noh Omar meninjau sebentar kawasan peniaga dan AJK PERAKIT akan menerangkan mengenai kawasan sekitar Peniaga Bukit Ampang.
Dato Noh Omar mohon diri untuk pulang dan diikuti Dato Ismail Kejo dan En. Rosli.

2.00 Pagi -

Majlis Bersurai.