ISU PANAS SEMASA
MPAJ Mengganas Semula
Pada hari Isnin pukul 9.00 pagi 27hb January 2017 pihak MPAJ mula mengganas semula dengan membongkar dan menolak tanah Tapak Niaga ke bawah bukit.
Inilah salah satu cara Peniaga dikawasan Ampang dianiaya dan ditindas oleh
Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Peniaga Kecil Melayu diBukit Ampang hanya mencari rezeki dan berusaha memperbaiki ekonomi keluarga. Beberapa kali Pengerusi Persatuan PERAKIT berusaha untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan MPAJ tetapi permintaan persatuan tidak pernah dilayan oleh
YDP MPAJ Haji Hamed
Ada peniaga yang berusaha menambak kawasan tapak niaga mereka untuk memastikan Keselamatan dan Keselesaan Pengunjung terkawal. Tapi yang sebaliknya berlaku apabila kawasan tersebut papannya dibongkar dan tanah kawasan niaga tersebut ditolak kebawah bukit oleh MPAJ.
PIHAK PERSATUAN PERAKIT AKAN MENGADAKAN DEMONSTRASI AMAN BERSAMA BEBERAPA NGO DALAM MASA TERDEKAT MENGENAI PENGANIAYAAN YANG DILAKUKAN OLEH MPAJ TERHADAP PENIAGA BUKIT AMPANG.
Anda berminat bersama kami. Sila berjumpa peniaga di Bukit Ampang untuk maklumat lebih lanjut.
Teguh Melayu Kerana Muafakat
Hancur Melayu Kerana Tiada Sepakat.
Tuan, nak tanya sedikit.. kami ada dengar jg yg MPAJ tu bkn runtuh cerun mcm yg PERAKIT cerita kan.. tapi MPAJ membuka struktur dgn tambakan yg dibuat oleh penjaja yg niaga kat atas tu.. mcm penjaja ni memandai2 buat tambakan utk niaga jadi MPAJ bukak balik la.. cam tu la lbh kurangnya.. apa respon tuan? ye la kn.. andai kata la org melayu kita n mkn kat situ.. tetiba tambakan ngn papan yg penjaja tu buat runth pastu jatuh mati pula melayu kita n.. ad apa2 jminan dri pihak PERAKIT akn tenggjawab sepnuhnya ats kes kematian tu? atau lps tangan kat MPAJ gak? ye la kn klu takde org niaga takde nya org melyu kita nk dok mkn kat tepi crun tu kan tuan... lagipun dalam paper pon ada cakp peniaga atas tu bergaduh smpi curah minyak bagai.. sbgi org awam melayu ni bila baca hal tu tu pn dah cukup merisaukan..maaf tuan skdar bertanya
ReplyDelete