facebook

Tuesday, 20 June 2017

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK
KEPADA ORANG RAMAI PADA 8 DAN 15HB JUN 2017 
DILALUAN BUKIT LANGAT

Anjuran Bersama

PERSATUAN PERAKIT
DAN
 JARINGAN MELAYU MALAYSIA

Persatuan PERAKIT, Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) dan
Angkatan Malaysia Cemerlang ( AMC ) bersama menjalankan 
Program Pengagihan Bubur Lambuk
di Tapak Niaga Bukit Ampang.

Program bermula pada pukul 12 tengahari dengan Peniaga mula turun padang untuk kerja memasak diketuai oleh En. Azhar Ariffin, beliau dibantu oleh En. John Sekeluarga, En. Roslin, En. Abidin, En Djon Sekeluarga, Pak Ali, En. Zainudin dan isteri, En. Anuar dan isteri, Pn Rusliza Sekeluarga dan Pn Rugayah.

Program PERTAMA
8HB JUN 2017


Pengerusi AMC Amin Nouvo bersama beberapa Ahli AMC turut membantu bersama Ahli PERAKIT dalam kerja memasak Bubur Lambuk.


Bubur Lambuk siap disusun untuk kerJa-kerja pengagihan pada pukul 6.00 petang.


Jaringan Melayu Malaysia diwakili oleh Setiausaha Pusat En Hamdan, Ketua Pertiwi JMM Pn Kay dan beberapa Ahli JMM bersama Ahli PERAKIT dan Ahli AMC menjalankan kerja pengagihan kepada orangramai yang melalui laluan Bukit Langat.


Selesai kerja pengagihan Ahli PERAKIT, AMC dan JMM bergambar kenangan.



Program KEDUA
15HB JUN 2017

Pada pukul 12 tengahari Ahli PERAKIT dan Ahli AMC bersama dalam kerja penyediaan dan memasak Bubur Lambuk. Kerja-kerja berjalan lancar sehingga pukul 5.30 petang.


Pada pukul 5.30petang Ahli PERAKIT dan Ahli AMC memulakan kerja pengagihan kepada orangramai yang melalui laluan Bukit Langat. Pada pukul 5.45 petang hujan renyai-renyai mula turun, pengagihan diteruskan juga hingga pukul 7.15petang. 


Pihak PERAKIT amat bersyukur Program Pengagihan dapat berjalan dengan lancar.

DENGAN INI PERSATUAN P.E.R.A.K.I.T MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA AHLI-AHLI PERAKIT YANG HADIR, AHLI-AHLI JARINGAN MELAYU MALAYSIA DAN AHLI-AHLI ANGKATAN MALAYSIA CEMERLANG DENGAN IKATAN UKHWAH YANG KUAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

" PENYATUAN BANGSA MEMPERKASAKAN AGAMA "

Thursday, 15 June 2017

MAJLIS KESYUKURAN DAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK TAHUN 2017 / 1438H
-------------------------------------------

Pada Tahun ini Persatuan PERAKIT terus menyambung aktiviti yang diadakan setiap tahun sempena menyambut Ramadan Al Mubarak dengan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Meraikan Anak-Anak Yatim dari Maahad Tahfiz As Sobirin Patoni Malaysia.

Majlis telah diadakan pada 25hb May:-) 2017 pukul 7.15ptg di Tapak Niaga Bukit Ampang.

Untuk memeriahkan Majlis dan merapatkan Siratulrahim bersama NGO dan Masyarakat setempat Persatuan PERAKIT mengundang Jemaah Surau Ampang Saujana, Penduduk Kampung, Angkatan Muda Cemerlang    ( AMC ) dan Kuda Malaya Bikers Club ( KMBC )

 
Ahli Persatuan sibuk menyusun atur khemah, kerusi meja, makanan dan minuman.


Penyediaan makanan dan minuman sedang sibuk dijalankan oleh Ahli Persatuan sebelum Majlis dimulakan pada pukul 7.30ptg.


Anak Yatim Maahad Tahfiz AsSobirin, Jemaah Surau Ampang Saujana, AMC dan KMBC bersama merealisasikan Majlis Kesyukuran dengan penuh kemesraan dan semoga ia diberkati dan dirahmati Allah SWT.



Sumbangan diberi dari Persatuan PERAKIT, Kutipan daripada Pengunjung, AMC, KMBC dan beberapa individu diserahkan kepada Wakil Anak Yatim Maahad Tahfiz AsSobirin Patoni Malaysia.

Majlis bersurai pada pukul 10.00malam.

PERSATUAN PERAKIT MEMANJATKAN KESYUKURAN DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JEMAAH SURAU AMPANG SAUJANA, ANGKATAN MUDA CEMERLANG, KUDA MALAYA BIKERS CLUB DAN PENDUDUK KAMPUNG KERANA BERSAMA-SAMA MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS KESYUKURAN BULAN RAMADAN AL MUBARAK 2017 / 1438H.

" PENYATUAN BANGSA MEMPERKASAKAN AGAMA "

Tuesday, 14 February 2017

ISU PANAS SEMASA


DEMONSTRASI AMAN

Bantahan Oleh PERAKIT Bersama JMM Dan Disokong NGO Dari ACM Dan EPANCO Mengenai MPAJ Meruntuhkan Struktur Tanah Cerun Bukit Tapak Niaga Bukit Ampang

Sidang Media Dan Serahan Memorandum
Bantahan Pada 08hb February 2017 Pukul 11.00pagi.

Peniaga mula berkumpul diRestoran Mamak hadapan Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada pukul 9.30 pagi. Kehadiran semua Peniaga Bukit Ampang pada hari ini sangat membanggakan kerana ia menunjukkan Keprihatinan dan Penyatuan Peniaga terhadap masalah punca rezeki mereka diBukit Ampang.
NGO dari Jaringan Melayu Malaysia hadir bersama Ketua Setiausaha JMM En Hamdan, Ketua Pengarah JMM Wil. Persekutuan, Ketua Pengarah JMM Selangor, Ketua JMM Sayap Pertiwi, Ketua JMM Sayap Pemuda dan seramai 30 Ahli JMM turut hadir bersama. Turut hadir menyokong NGO EPANCO En Ariffin Abu Bakar bersama 15 Ahli dan NGO AMC En Amin juga bersama 14 Ahli beliau dalam menyokong Demostrasi Bantahan yang diadakan dihadapan  Bangunan Pejabat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya.


Pukul 11.15pagi semua Peniaga, NGO dan Penyokong berkumpul dan mula bergerak ke Lobi Bangunan Pejabat MPAJ untuk Serahan Memorandum Bantahan yang disediakan oleh JMM kepada YDP MPAJ HJ Hamid.





Sementara menanti Serahan Memorandum, Ketua-Ketua NGO memberi Ucapan Semangat kepada semua yang hadir mengenai Isu Bantahan yang dijalankan hari ini.



Pada pukul 12.15 tengahari Wakil YDP MPAJ telah
tampil di Lobi Bangunan Pejabat MPAJ untuk menerima Memorandum Bantahan dari pihak
 JARINGAN MELAYU MALAYSIA.
Ketua Setiausaha JMM Encik Hamdan telah menyerahkan Memorandum Bantahan tersebut.

 


Selesai Penyerahan Memorandum  Sidang Media terus diadakan di Lobi Bangunan Pejabat MPAJ. Media yang Hadir dari Berita Harian, Metro, Sinar, TV3, RTM dan beberapa media lain juga turut hadir membuat liputan.



Pengerusi PERAKIT, YDP ENCIK ANOWAR
telah dikerumuni oleh media massa untuk mendapatkan berita terkini megenai kejadian MPAJ mengganas pada 27hb January 2017 pukul 11.00pagi dengan satu pasukan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
YDP En. Anowar
menerangkan pada tarikh tersebut MPAJ
telah meruntuhkan Struktur Tanah Cerun Tapak Niaga
Bukit Ampang. Penguatkuasa MPAJ menyatakan mereka hanya menjalankan tugas dan mengikut
ARAHAN PIHAK ATASAN.

MAKLUMAN

Dalam satu Sidang Media PERAKIT sebelum ini dalam bualan telefon menggunakan speaker, didengari dengan jelas dan disaksikan sendiri oleh beberapa NGO, AHLI PERAKIT, PENIAGA dan MEDIA MASSA. Pada waktu itu dengan sombong YDP MPAJ telah menghina Peniaga Kecil Melayu dengan mengatakan " di Bukit Ampang Tidak Dibenarkan Berniaga, Peniaga Lelaki Sapu Sampah Tepi Jalan Kerja Dengan Alam Flora, Peniaga Wanita Pergi Cuci Pinggan Kerja di Restoran Mamak ".

YDP MPAJ adalah Penjawat Awam yang dibayar
GAJI OLEH RAKYAT.

Adakah ini SIKAP PENJAWAT AWAM yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU MENAIKKAN TARAF EKONOMI RAKYAT TERUTAMA BANGSA MELAYU.

YDP MPAJ adalah MANUSIA YANG ZALIM

ALLAHU AKBAR ... ALLAHU AKBAR ... ALLAHU AKBAR


Sunday, 5 February 2017

ISU  PANAS  SEMASA

MPAJ Mengganas Semula

Pada hari Isnin pukul 9.00 pagi 27hb January 2017 pihak MPAJ mula mengganas semula dengan membongkar dan menolak tanah Tapak Niaga ke bawah bukit.
Inilah salah satu cara Peniaga dikawasan Ampang dianiaya dan ditindas oleh
 Majlis Perbandaran Ampang Jaya.


Peniaga Kecil Melayu diBukit Ampang hanya mencari rezeki dan berusaha memperbaiki ekonomi keluarga. Beberapa kali Pengerusi Persatuan PERAKIT berusaha untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan MPAJ tetapi permintaan persatuan tidak pernah dilayan oleh 
YDP MPAJ Haji Hamed


Ada peniaga yang berusaha menambak kawasan tapak niaga mereka untuk memastikan Keselamatan dan Keselesaan Pengunjung terkawal. Tapi yang sebaliknya berlaku apabila kawasan tersebut papannya dibongkar dan tanah kawasan niaga tersebut ditolak kebawah bukit oleh MPAJ.

PIHAK PERSATUAN PERAKIT AKAN MENGADAKAN DEMONSTRASI AMAN BERSAMA BEBERAPA NGO DALAM MASA TERDEKAT MENGENAI PENGANIAYAAN YANG DILAKUKAN OLEH MPAJ TERHADAP PENIAGA BUKIT AMPANG.

Anda berminat bersama kami. Sila berjumpa peniaga di Bukit Ampang untuk maklumat lebih lanjut.


Teguh Melayu Kerana Muafakat
Hancur Melayu Kerana Tiada Sepakat.